NADI X Keusahawanan (NADIPRENEUR)-Rakaman Webinar 8 (pemasaran)

15 April 2026 | Aktiviti Terkini

Pada 14 April 2026, bermula pukul 2.00 petang, seorang ahli NADI Pekan Machan telah mengikuti program NADI X Keusahawanan (NADIPRENEUR) iaitu menonton rakaman webinar 8 iaitu Pemasaran.

Tujuan webinar ini adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta tentang asas dan kepentingan pemasaran yang berkesan bagi meningkatkan jualan. Webinar ini juga membantu peserta memahami strategi pemasaran yang betul, mengenalpasti kesilapan biasa usahawan, serta memanfaatkan platform digital secara optimum.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali